Tuesday, January 04, 2005

ORANG ASLI YANG CERDIK

Sepasukan anggota polis sedang buat sekatan jalan raya
lalu orang asli membonceng motor membawa isteri dan anak-anaknya
"Awak dari mana?" tanya polis

"Dari belakang ke depan,tuan" jawab orang asli.
" Saya tanya yang betul!" kata anggota polis

" Saya jawab yang betul." jawab orang asli

" Kenapa tak pasang lampu motor?" tanya polis
"Orang gila saja pasang lampu waktu siang." jawab orang asli

" Awak salah!" anggota polis itu marah.
" Motor eden punya, anak eden punya,

bini eden punya, kenapa pulak salah?"balasnya.

" Awak tak takut masuk lokap?" gertak anggota polis
" Makan free, minum free, rumah free apo eden nak takut," balas orang asli.
Anggota polis geleng kepala.


Abdullatip
Jelebu

JENAKA MALAM PENGANTIN

Majlis pernikahan dah selesai
tetamu sudah balik si ayah mengelamun sendiri.

Di kamar pengantin kedua mempelai asyik membelek hadiah-hadiah
si ayah pasang telinga mendengar perbualan.

Kedua pengantin sedang membelek sepasang kasut

hadiah dari tetamu yang datang.

" Nak cuba pakai malam ni , bang." pengantin perempuan bersuara
berdebar dada si ayah mendengarnya.
" Boleh saja biar abang masukkan?"
Pengantin lelaki menyarung kasut di kaki isterinya.

"Tak muat bang, sempit oh sakitnya." Ternyata kasut bukan saisnya.
"Kalau Tak muat nak buat camana?" Pengantin lelaki gundah suaranya.


" Sapu air liur…!" Si ayah bersuara
Ketawa pengantin berjela-jela.
Ternyata si ayah silap sangka.

Abdullatip
Jelebu

DIALOG AYAM DENGAN KAMBING

Ayam Jantan sedang mencakar tanah
datang seekor kambing jantan.

"Kasihan..." kata kambing
" Apa yang kasihan?" tanya ayam.
" Harapkan bulu sahaja yang cantik

bila berjalan kaki ayam." Jawab kambing.

" Kasihan…," kata ayam pula.
" Apa yang kasihan?" tanya kambing.
" Harap janggut sahaja yang panjang

" bila berjalan nampak telur!"
Kambing tersenyum.

Abdullatip
Jelebu

JENAKA POLITIK

Politik itu maknanya siasah
bertujuan untuk jadi pemerintah
bukan untuk menjajah
bukan untuk berpecah belah.

Politik itu sangat mudah
Kalau cuma hendak memangkah
politik itu jadi susah
Kalau masing-masing hendak memerintah.

Orang politik bermacam kisaH
ada kena sanjung ada kena ludah
ada skandal sudah terdedah
banyak rahsia yang belum pecah.

Orang politik nampak gagah
kerana mereka tak mahu kalah
ada yang amalkan manisan lebah
ada yang amalkan kacip siti fatimah.

Ada pula yang serba salah
tahun 2005 menjelang sudah
janji dibuat mesti serah
Ada yang kata alhamdulillah

Nak menang pilihan raya bukannya mudah
Kena jaga hati rakyat di bawah
ampu sana ampu sini kata sedekah
Tapi rupanya suruh pangkah.

Abdullatip
Jelebu

TEKA TEKI JENAKA

Soalan: Saya ada 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki
Cuba teka siapakah saya?
Jawapan: Awak Pembohong…

Soalan: Kenapa lelaki jarang kena penyakit anjing gila?
Jawapan: Sebab lelaki buaya darat.

Soalan: Apa beza sekretari baik dengan sekretari yang terlalu baik?
Jawapan: Sekretari baik kata, Selamat pagi tuan
Sekretari terlalu baik kata,dah pagi,tuan.

Soalan: Gajah terbang dengan apa?
Jawapan: Awak dah gila ke?

HAJAT TAK SAMPAI

Setelah sehari suntuk berjalan
akhirnya si bujak sampai ke rumah gadis idamannya
sayangnya semua dah keluar
yang ada di rumah itu cuma seorang nenek

" Duduklah dulu. Nanti nenek ambil minuman,"kata si nenek
si bujak duduk di sofa nampak kacang sedap dalam piring
Kerana rasa lapar dimakannya kacang itu satu
kerana rasa sedap di makan satu lagi
dan akhirnya kacang pun tak berbaki.

Nenek datang membawa minuman
lalu si bujak pun berkata
"Maaf nek, kacang sedap dah habis saya makan."

Nenek terlopong matanya terbeliak
"Kenapa, nek?" tanya si bujak

"Kacang itu asalnya sebungkus coklat
kerana nenek tak ada gigi nenek hisap jer
dan kacangnya nenek kumpul dalam piring…."
Tetiba tekak si bujak terasa loya dan perutnya memulas.


abdullatip
Jelebu

MALAM JUMAAT

Jumaat Penghulu segala hari
Adam dijadikan hari Jumaat
di masukkan ke Syurga hari Jumaat
dikeluarkan dari Syurga hari Jumaat
tidak berlaku kiamatmelainkan hari Jumaat

Pada malam jumaat
elok banyakkan amalan sunat
Membaca al Quran, berzikit dan selawat
lebih bermakna di sempurnakan amalan sunat
bersama isteri dengan rasa kasih sayang

Menjelang malam Jumaat hatiku berbunga-bunga
"Malam Jumaat malam sunat,"kataku
"Abang tidurlah dulu
saya nak gosok baju," balas isteriku.

Sementara menunggu isteri menggosok baju
aku membaca surah Yasin
" Yaasin…." aku mula membacxanya
" Dah siap menggosok baju bang…" kata isteriku
" Sodaqallahal azimmm…" surat Yasin kututup segera
Isteriku ketawa.

Abdullatip
Jelebu

PENGADIL 2005

Tiga lelaki resah menanti isteri melahirkan
Tiba-tiba muncul Doktor lalu mengadap lelaki pertama

"tahniah, anda mendapat anak kembar tiga."
"Oh , kebetulan saya bekerja di majalah tiga."

KemudianDoktor mengadap lelaki kedua
"Tahniah, anda dapat anak kembar tujuh," katanya
"Oh, kebetulan saya bekerja di NTV7." jawab lelaki itu

Doktor mengadap lelaki ketiga

"Tahniah…." kata doktor
"Tidakkkkkkk!!!" lelaki itu menjerit
" Kenapa?" tanya doktor
"Saya tak nak kembar 2005

sebab saya pengadil 2005." jawab lelaki itu.

Abdullatip
Jelebu

NAK KAHWIN GADIS SEKAMPUNG

Si Bujak resah gelisah mabuk dilanda gelombang asmara
mandi tak basah tidur tak lena
teringin sangat nak kahwin tapi belum bertemu jodohnya.

Setelah siang malam berfikir
akhirnya si bujak bertemu Ustazah
yang sedang memberi tazkirah kepada anak-anak muridnya

" Kenapa, anakanda?" tanya Ustazah
tetiba si bujak tak tentu arah
" Ada apa, si bujak?" tanya Ustazah lagi
Si bujak marahKerana dipanggil Bujak
" Jangan panggil Bujak lagi sebab
saya nak kahwin gadis sekampung…" kata Si Bujak.

" tak sah kahwin gadis satu kampung," kata Ustazah.
"Kenapa tak sah?" tanya Si Bujak

" Islam benarkan isteri empat saja kalau mampu
bukan satu kampung," jawab Ustazah.

Si Bujak tersipu-sipu malu

Abdullatip
Jelebu
7.11.2003

HADIAH HARI RAYA

Setelah puas mencari hingga ke Serambi Mekah
akhirnya si bujak bertemu gadis idaman hatinya
berwajah jelita, baik budi bahasa,
beragama merdu suara dan pandai berteater.

Bila dah kena penyakit gila bayang
tidur tak lena makan tak kenyang
wajah si dia asyik terbayang
di bilik mandi tempat si bujak lepas perasaan
sambil berdendang nyanyi sorang
amboi...amboi...amboi…cantiknya buah hatiku
adoi...adoi…adoi...baiknya bakal Mak Mertuaku
ehem…ehem …ehem…nak kahwin segera apakan daya
duit belum cukup sejuta...

Nak ajak deting takut pada bakal Pak Mertua
misainya melenting macam panglima perkasa
untuk melepakan rindu di hati
Setiap hari SMS di kirim pada buah hati
Setiap petang pura-pura berjoging
lalu di depan rumah gadis idamannya
tak dapat tengok orangnya tak apa
dapat tengok bumbung rumah pun jadilah.

Satu petang terserempak bakal Pak Mertua
si bujak lari lintang pukang macam murai tercabut ekor
sebab gerun dengan misai melenting Pak Mertua.

Raya tahun ini paling gembira bagi si bujak
sebab bakal Pak Mertua beri izin berjumpa
dengan syarat datang beraya ke rumah dan bawa hadiah istimewa.

Lepas solat raya si bujak terus ke rumah gadis pujaannya
sambil membawa hadiah hari raya
bakal Pak Mertua menunggu di muka pintu sambil memegang sebatang kayu
"Jaga tingkah laku nanti kena palu," katanya sambil mengurut misai melenting.

Beberapa hari sebelum raya si bujak ke gedung beli belah

beli hadiah untuk gadis idaman kalbunya
terserempak dengan seorang gadis kawan sekolah
di pendekkan cerita gadis itu beli seluar dalam
si bujak beli kain tudung untuk gadis idamannya
mereka suruh jurujual bungkus dalam kotak cantik
malangnya jurujual tersilap kerana terlalu sibuk
berlaku pertukaran hadiah
si bujak tak tahu dalam bungkusannya tersimpan 10 helai seluar dalam .

Sebaik sampai di rumah gadis idamannya
si bujak menyerahkan bungkusan tersebut
" Pakai hadiah istimewa ini di depan abang." katanya.

Di pendekkan kisah
si bujak terlantar di hospital selama seminggu
kerana dibelasah oleh bakal Pak Mertua.

Abdullatip
Jelebu

MELAYU LEBIH HEBAT

Pada suatu hari
Jeneral Yamasita melawat kampung
dilihatnya seorang budak lelaki
sedang berendam dalam sungai

" Apa pasal berendam?" tanya Yamasita
" Potong kepala, tuan," jawab budak
Yamasita marah lalu mencabut pedang
hendak dipenggalnya kepala budak

" Budak ini nak berkhatan,tuan," kata Tok Mudin
" Apa itu khatan?" tanya Yamasita
" Potong kepala bawah, tuan," jawab Tok Mudim
Jeneral Yamasita rasa kagum lalu berkata;
" Aku tak berani potong itu kepala
melayu lebih hebat."

Abdullatip
Jelebu
6.12.2003

PANGLIMA BENGIS TUKAR JANTINA

Tiba-tiba seluruh warga esastera gempar
Panglima airmas garu kepala tak henti-henti
pak arisel cuti memancing asyik ngadap tv
penggali kubur ketawa tak kering gusi
drirwan, hasimah dan kablam terpaksa telan panadol
semuanya gara-gara panglima bengis nak ke oversea
kenapa…mengapa…apa tujuannya?

Kata panglima bengis
dia dah popular kerana publisiti panglima airmas
Setiap hari dia dikerumun gadis cantik
Ada sanggup datang ke rumah
Ada ajak dating
Ada nak masuk meminang
Panglima bengis jadi lebih pemalu
Pobia takut kawin makin menjadi

Akhirnya panglima bengis ambil keputusan
berlepas ke luar negara hujung bulan ini
melanjutkan pelajaran dijadikan alasan
Tapi yang sebenarnya
Panglima bengis nak tukar jantina
Katanya, balik nanti nak goda pak latip
jadi isteri nombor dua pun tak apa
pak latip kataPucuk dicinta kayu balak yang datang
hahahahahahahahaha

abdullatip
Jelebu
14.1.2004.

Tuesday, July 20, 2004

Tarzan oh Tarzan





 

         TARZAN..OH…TARZAN


  Hari ini Tarzan tunjuk kebolehan
  berdiri sebelah kaki kaku seperti patung
  Hasimah, Alaieffa, Ana_Suraya dan Sri Diah

  Amoi Pucung pun ada

  semua terpegun kagum dan kecur air liur
  melihat Tarzan berpakaian Tradisi.


  Datang seekor burung pucung
  bertenggek di atas kepala
  sikit pun Tarzan tak hiraukan.


  Datang seekor gajah jantan
  belalainya mengusap muka 
  lansung tidak dipedulikan.


  Datang seekor harimau belang
  menggesel kepalanya ke kaki 

  Tarzan masih berdiam diri.


  Datang seekor ular sawa
  membelit badannya
  Tarzan masih buat tak tahu.


  Tiba-tiba muncul seekor Tupai
  muka Tarzan pucat
  bila Tupai memanjat kakinya
  Tarzan 
menjerit ketakutan.  


  "Kenapa takut Tupai?" tanya Hasimah
  "Kelapa yang keras boleh ditebuknya
  inikan pula mangga saya…" jawab Tarzan.


  Amoi Pucung yang dulu ketawa. 


               Abdullatip
               22.06.2003.

Petua Kahwin





                  



           PETUA KAHWIN
           (Buat Sdr Rudy)



     Menjelang hari merenjis inai
     Carilah petua kahwin sebanyaknya
     moga jadi suami yang soleh
     berjaya mendidik isteri yang solehah
     dikurnia zuriat yang sempurna
     kelak tercipta impian
     rumahku syurgaku
     isteriku kekasihku.



     Sebelum bergelar ayah
     ziarah Pak Latip di Jelebu
     bawa pulut kuning dan telur rebus 
     belajar senam kucing, jilat kucing, gigit kucing
     kemudian jumpa hasimah
    
bawa ayam panggang
     belajar ramuan STMJ
     minta pertua cinta pandamu



     Tapi awas
     Jangan tuntut ilmu senam rimau Pak Arisel
     Takut hari…harimau



           Abdullatip
          16.5.2004

Wednesday, July 14, 2004

KISAH LUCU PAK YA





 

KISAH LUCU PAK YA


Hari itu Pak Ya rasa kurang sihat
dia ke klinik minta rawatan perubatan
kata doktor air kencing Pak Ya perlu diperiksa
lalu diberikan sebuah botol kecil
berjam-jam Pak Ya dalam bilik air
air kencingnya tidak mahu keluar
doktotr suruh Pak Ya pulang
dan isi botol itu di rumah.


Sampai di rumah Pak Ya terus ke bilik air
barulah selesa dan kencingnya keluar
lalu di isi ke dalam botol
dan diletakkan di atas meja.


Isteri Pak Ya terlanggar meja
botol jatuh air kencing pun tertumpah
Isteri Pak Ya berasa takut kena marah
lalu mengisi botol itu dengan air kencingnya.


Esoknya Pak Ya bawa botol itu ke Klinik
dan setelah ujian air kencing dijalankan
Pak Ya dipanggil masuk ke bilik 
doktor geleng kepala
jururawat ketawa


" Kenapa?" tanya Pak Ya hairan
" Awak mengandung tiga bulan," jawab Doktor
Pak Ya terkejut lalu pengsan.


Abdullatip
7.09.2003.

Tuesday, July 13, 2004

SAJAK-SAJAK JENAKA

Assalamualaikum wbt...